Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri drp ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.Beliau berdiri dan berkata, “OK, saya ada satu kuiz utk tuan-tuan,” dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yg sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dgn batu itu dgn begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, “Adakah balang ini penuh?” Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. “Ya”. Pakar itu menjawab. “Anda pasti?”. Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, “Adakah balang ini penuh?”.Kali ini mereka spt was2. “Mungkin tidak” kata salah seorang drp mereka. “Bagus!” kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu drp bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, “Adakah balang ini penuh?” “Tidak!” jawab mereka hampir menjerit.Sekali lagi beliau berkata, “Bagus!” .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, “Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?"
Child world
11 years ago
0 comments:
Post a Comment