CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 17, 2008

~~S L E ~~

...sle adalah penyakit yang adek sy alami...adek sy telah disahkan positif sle...sy tertanye-tanye sle tuh ape...

...apakah sle??...

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

...Sejarahnya...

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis LupusDiscoid Lupus Erythematous (DLE)

Hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Boleh merebak ke organ lain
Boleh mengakibatkan kematian

...Statistik...

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

...Ratio pengidap SLE...

Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250 –500 orangDi Amerika Syarikat - 1 dalam 2,000 orangDi negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

1 comments:

Anonymous said...

gler r...
aku tgk ko da mcm dokter daa...