CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 3, 2008

~~mAhA 2008~~

http://www.perfectagro.com.my/modules.php?name=Berita

Pembinaan MAEPS untuk MAHA 2008 bernilai RM220 juta

24/04/2008

KUALA LUMPUR 24 April — Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang kini mempunyai tapak pameran kekal yang menelan belanja RM220 juta.
Dengan terbinanya tapak itu semua pameran pertanian, hortikultur dan agro Pelancongan di negara ini akan diadakan di situ.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata tapak pameran itu akan menjadi ruang pameran terbesar di negara ini dengan keluasan 42 ribu meter persegi dan dijangka siap keseluruhannya akhir Jun ini.
“Dengan terbinanya tapak kekal ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu sektor pertanian. Dulu kita ada khemah-khemah saja dan MAHA 2008 akan diadakan selama 13 hari bermula 11 Ogos depan dengan mensasarkan penyertaan sehingga 1,500 syarikat dan agensi berkaitan pertanian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pra-pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dan promosi MAEPS, di sini hari ini.
Bagi MAHA, sehingga kini hampir 1,000 penyertaan telahpun diterima, 11 daripadanya adalah dari luar negara.

— LAGI MUSTAPA-MAHA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Tahun ini juga Australia akan hadir sebagai “negara tetamu” dan paling istimewa pada MAHA 2008 ini orang ramai tidak akan dikenakan bayaran masuk, jelas beliau.
Menteri itu menjelaskan Australia dipilih memandangkan ia adalah sebuah negara yang paling berjaya dalam bidang pertanian.
MAHA 2008 masih mengekalkan tema “Pertanian adalah Perniagaan” dengan lebih memfokuskan kepada kejayaan serta pencapaian negara dalam bidang pertanian, hortikultur dan agro pelancongan.
Menurut beliau kementerian itu mensasar MAHA 2008 mampu menarik 1.3 juta pengunjung berbanding kejayaan menarik satu juta pengunjung dari luar dan dalam negara pada MAHA 2006.

0 comments: